batu

by kkhairina

Teguh, kuat, tidak bisa diratah – itu yang kau pilih untuk pamerkan pada semua.

Tidak berbaloi lah aku kata, jika jiwa kau dimamah dunia. Jangan penjarakan diri dek kerna masa lampau yang durjana. Menangis lah bila perlu dan bila jiwa kau ditenggelami sengsara.
Dengan bangga kau berkata, “air mata itu untuk kaum hawa sahaja”

Untuk apa lah air mata diciptakan, kalau malu mengalirkannya?

Advertisements