kau dan dia

by kkhairina

Kau meneliti setiap sudut, mencari titik titik kelemahan orang lain sambil kau senyum, bertepuk tangan.
Yang gelap kau hebohkan. Yang terang kau butakan mata. Manusia mana yang bebas dari kesilapan? Jauh mana kita pergi, kolong mana kita sembunyi. Takkan pernah boleh kita lari. Kesilapan itu yang membuat kita, kita. Yang membuat kita manusia.
Kau terlalu mengejar kesempurnaan, sampai kau memujanya. Kau menggapai ke bintang namun kau sering kali terjatuh. Tidak cukupkah itu untuk mengajar kau bahawa kesempurnaan itu hanya akan datang apabila kita redha?

‘Sempurna’ itu terlalu subjektif. Istilah manusia tidak sempurna itu sudah menjadi prinsip hidup aku, kau dan dia, kita bersama. Kau dan dia serupa sahaja.

Bezanya, dia tidak menjadikan alasan manusia tidak sempurna itu untuk dia terus, dan terus khilaf.
Seperti kau.

Advertisements