sudut +

by kkhairina

Seluas mana lautan kita berenang untuk seseorang, tidak semestinya dia sanggup berenang untuk kita. Biarkan sahaja, nama pun manusia. Buat apa berdendam di hati yang akhirnya hanya akan memakan diri. Kau dan juga aku tidak terkecuali, masing-masing mengharapkan khidmat setia suatu hari nanti, masing-masing menunggu saat terlangsainya budi. Tetapi mungkin aku salah, mungkin bukan semuannya begitu, mungkin masa sahaja yang tidak kena pada waktu, mungkin Tuhan ingin menunjukkan sesuatu.

Walau acapkali kau dan aku terkecewa, percaya dan semat lah di hati bahawa Tuhan akan memberi tanpa kita sedari, melalui orang yang paling tidak dijangka dalam situasi yang sangat berbeza.

Advertisements