(kat)astrophe

dari mata si gadis bandar

life in the studio

The fire alarm went off in the architecture dept. and the lecturer was furious at how I took the time to grab what I deem important..

“WHAT are you doing? Save your life!” she shouted.

Dramatically I grabbed all my drawings, models and everything else that my two tiny hands could carry,

“THIS IS my life!”

I proceeded to the nearest exit (secretly wishing there was a big fire) and saw the anxious faces of people who left their ‘lives’ in the studio. This is what architecture school does to you – your priority is shifted and even your life is not as important as that 5 hours worth of drawing/model-making.

?

Antara bertanya atau tidak, soalan-soalan sentiasa berlegar di ruang fikiran. Sesetengahnya tidak masuk akal, sesetengahnya kalau kita suarakan terserlah kebodohan dan kenaifan. Kebanyakkan kita dibesarkan dengan tanggapan bahawa amalan bertanya itu sesuatu yang memalukan. Terbawa-bawa lah sifat itu sampai dewasa, nak bertanya tandas di mana pun perlukan kawan. Salahnya di mana?

hari bernombor

sesetengah perkara melayang pergi; seperti jiwa-jiwa yang tak disirami,
seperti hari-hari yang tak berujung pangkalnya, seperti cinta-cinta yang hilang arahnya.

agar hari esok lebih baik dari hari semalam.

sudut +

Seluas mana lautan kita berenang untuk seseorang, tidak semestinya dia sanggup berenang untuk kita. Biarkan sahaja, nama pun manusia. Buat apa berdendam di hati yang akhirnya hanya akan memakan diri. Kau dan juga aku tidak terkecuali, masing-masing mengharapkan khidmat setia suatu hari nanti, masing-masing menunggu saat terlangsainya budi. Tetapi mungkin aku salah, mungkin bukan semuannya begitu, mungkin masa sahaja yang tidak kena pada waktu, mungkin Tuhan ingin menunjukkan sesuatu.

Walau acapkali kau dan aku terkecewa, percaya dan semat lah di hati bahawa Tuhan akan memberi tanpa kita sedari, melalui orang yang paling tidak dijangka dalam situasi yang sangat berbeza.

senjata

jika ada satu senjata yang bisa mengoyakkan jiwa, itulah dia manusia dan lidahnya.

always.

370

apabila persoalan melebihi jawapan,
yang tinggal hanya harapan.